Aduan masalah sistem boleh dibuat disini
Pendaftaran akaun boleh dilakukan dengan mengklik butang 'Daftar Sekarang', masukkan maklumat pengguna yang ingin mendaftar dan klik butang "Hantar".
Kata Laluan dapat diubah dengan membuka Profil di kanan atas layar dan mengklik butang 'Kemaskini Kata Laluan'.
Pergi ke Profil Pengguna untuk mengemaskini tetapan akaun.
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda dan tidak dapat log masuk, sila klik Lupa Kata Laluan pada skrin log masuk sistem dan ikuti langkah-langkah yang disenaraikan.
Tidak. Permohonan anda akan dibatalkan, dan akaun anda akan disekat. Warganegara Malaysia hendaklah menggunakan No. MyKad sebagai maklumat Kad Pengenalan.
Sila gunakan pasport semasa anda yang masih aktif dan sah sebagai maklumat Kad Pengenalan anda.
Anda dikehendaki untuk membuat akaun baharu menggunakan pasport semasa yang aktif dan sah sebagai maklumat Kad Pengenalan. Sila buat permohonan untuk menyahaktifkan akaun sedia ada anda kepada skb_admin@kln.gov.my.
Dalam kebanyakan situasi, ia adalah kerana anda telah mendaftar ke sistem e-Konsular. Sila log masuk ke sistem dan tetapkan semula butiran log masuk jika anda lupa maklumat log masuk.
Sila buat permohonan untuk tetapan semula maklumat log masuk anda kepada skb_admin@kln.gov.my.
Dalam sistem eKonsular, terdapat tiga (3) cara untuk mendapatkan semula akses jika anda terlupa maklumat log masuk:
1. **Lupa Kata Laluan Sahaja**
Pilih pilihan ini jika anda masih ingat ID Pengguna tetapi terlupa kata laluan.
2. **Lupa ID Pengguna Sahaja**
Pilih pilihan ini jika anda ingat kata laluan tetapi terlupa ID Pengguna anda.
3. **Lupa Kata Laluan dan ID Pengguna**
Pilih pilihan ini jika anda terlupa kedua-duanya – ID Pengguna dan kata laluan.
Sila pastikan anda memilih pilihan yang tepat mengikut maklumat yang anda masih ingat bagi memudahkan proses pemulihan akses.
Anda boleh mengemaskini maklumat seperti nama, alamat emel, dan nombor pasport melalui Profil Pengguna anda di dalam sistem eKonsular.
Sila log masuk ke akaun anda dan pergi ke bahagian Profil Pengguna untuk membuat sebarang perubahan pada maklumat peribadi anda.
Jika anda tersalah memasukkan nombor MyKad, anda perlu mendaftar akaun baru. Ini kerana dalam sistem eKonsular, hanya satu nombor kad pengenalan yang dibenarkan untuk setiap akaun pengguna.
Selepas mendaftar akaun baru, sila maklumkan kepada pihak admin untuk membatalkan akaun lama anda agar tidak digunakan lagi.
Pastikan anda menggunakan nombor MyKad yang betul semasa pendaftaran untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.
Anda perlu menghubungi Meja Bantuan atau pihak Konsular untuk meminta kemaskini emel kepada alamat emel yang aktif.
Untuk tujuan keselamatan, anda perlu mengemukakan gambar pengenalan diri (contohnya MyKad atau pasport) bagi tujuan verifikasi identiti sebelum emel anda dikemaskini oleh pihak pentadbir sistem.
Jika anda log masuk dan kata laluan anda tamat tempoh, sila semak emel berdaftar anda terlebih dahulu.
Sistem akan menghantar emel ke alamat emel berdaftar anda di dalam e-Konsular untuk proses penukaran kata laluan.
Pastikan anda menukar kata laluan dalam tempoh 24 jam kerana pautan tersebut akan tamat selepas tempoh itu.
Jika pautan sudah tamat, anda boleh cuba log masuk semula, dan sistem akan menghantar pautan baharu yang juga sah selama 24 jam.
Jika akaun anda disekat, sila hubungi pihak Konsular untuk maklumat lanjut.
Akaun anda mungkin disekat disebabkan beberapa isu seperti kegagalan membuat pembayaran atau tidak mengambil sijil lama.
Anda boleh menghubungi Konsular melalui emel di skb_admin@kln.gov.my atau telefon di +603 8000 8000.
Tempoh proses permohonan adalah antara 30 hingga 90 hari mengikut hari bekerja.
Sijil Kelakuan Baik ialah dokumen yang digunakan untuk mengesahkan bahawa seseorang individu tidak mempunyai kesalahan atau rekod jenayah sepanjang tempoh menetap di Malaysia.
Tempoh sah laku sijil adalah satu (1) tahun dari tarikh kelulusan. Walau bagaimanapun, negara/syarikat tertentu memerlukan sijil dengan tarikh kelulusan kurang daripada satu (1) tahun.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada Unit SKB: skb_admin@kln.gov.my.
Warganegara, pemastautin dan warga asing yang pernah menetap di Malaysia (sekurang-kurangnya 6 bulan) boleh memohon Sijil Kelakuan Baik.
Pasport yang aktif adalah wajib untuk membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik.
Pasport yang aktif adalah wajib untuk membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik.
Permohonan Sijil Kelakuan Baik boleh dibuat melalui sistem e-Konsular (pautan: https://ekonsular.kln.gov.my/)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon SKB, sila rujuk video di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=ycuvkiJCFnM
Mulai 1 Julai 2013, permohonan Sijil Kelakuan Baik hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Konsular.
Tidak, pengguna hanya boleh muat turun di sistem atau cetak sijil secara fizikal.
Sijil Kelakuan Baik boleh dimuat turun dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat. Jika tidak dimuat turun dalam tempoh tersebut, pengguna perlu membuat bayaran semula untuk mendapatkan sijil.
Penolakan permohonan mungkin berlaku kerana kekurangan dokumen sokongan yang diperlukan. Berikut adalah contoh dokumen sokongan yang disarankan untuk dimuat naik mengikut jenis permohonan:
1. **Surat Tawaran Pekerjaan**
- Jika permohonan berkaitan dengan urusan pekerjaan di luar negara.
2. **Surat Tawaran Belajar**
- Jika permohonan berkaitan dengan pengajian di institusi luar negara.
3. **Bukti Menetap di Luar Negara** (contohnya bil utiliti seperti elektrik, air, atau internet)
- Untuk membuktikan anda menetap di luar negara.
4. **Surat Visa/Arahan daripada Kerajaan negara destinasi**
- Jika anda diminta oleh pihak berkuasa luar negara untuk mengemukakan dokumen seperti Sijil Kelakuan Baik.
Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah jelas, sah, dan relevan dengan tujuan permohonan anda. Jika masih tidak pasti, anda boleh hubungi pihak kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Kemaskini hanya boleh dilakukan sebelum permohonan dihantar, iaitu semasa status permohonan berada dalam draf sahaja.
Namun, jika permohonan anda ditolak, anda masih boleh kemaskini maklumat. Pastikan anda semak sebab penolakan permohonan terlebih dahulu sebelum menghantar semula permohonan yang telah dikemaskini.
Pemohon wajib mengemaskini atau memuat naik segala maklumat atau dokumen yang diperlukan sendiri. Tidak dibenarkan untuk meminta meja bantuan atau sesiapa yang tidak dikenali untuk melakukannya bagi pihak anda.
Pastikan semua maklumat dan dokumen yang dimuat naik adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan penolakan semula permohonan.
Pemohon tidak boleh mendesak untuk mendapatkan sijil dengan segera sekiranya status permohonan masih baru dihantar. Semua permohonan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Tempoh kelulusan adalah antara 30 hingga 90 hari waktu bekerja, bergantung kepada semakan dan pengesahan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Pemohon wajib menunggu proses ini selesai sebelum sijil boleh dikeluarkan.
Pemohon perlu memastikan permohonan telah dihantar sepenuhnya.
Jika status masih menunjukkan “Draf”, ini bermakna permohonan anda masih belum dihantar ke dalam sistem untuk diproses.
Sila semak semula dan pastikan status permohonan telah bertukar daripada “Draf” kepada “Permohonan Baru”. Hanya permohonan yang telah dihantar akan diproses oleh pihak berkenaan.
Sila rujuk maklumat spesifikasi gambar yang telah disediakan di ruangan muat naik gambar dalam Tab 4 (Permohonan Sijil Kelakuan Baik).
Pastikan gambar yang dimuat naik memenuhi semua syarat dari segi saiz, latar belakang, dan kualiti.
Anda boleh merujuk Panduan Pengguna yang tersedia dalam sistem eKonsular melalui menu “Manual”.
Sebagai alternatif, anda juga boleh terus ke pautan berikut untuk melihat panduan pengguna:
🔗 https://ekonsular.kln.gov.my/manual
© 2022 Kementerian Luar Negeri. Semua Hakcipta Terpelihara