e-Konsular
KLN Logo
EN | BM
× UTAMA SKB PERMOHONAN WAIVER PENDAFTARAN BANTUAN KONSULAR FAQ MANUAL

Sijil Kelakuan Baik (SKB)

Sijil Kelakuan Baik (SKB) adalah satu dokumen yang mengesahkan bahawa seseorang individu tidak mempunyai salah laku atau rekod jenayah selama tempoh menetap di Malaysia.

Permohonan SKB

SKB merupakan salah satu prasyarat yang diperlukan oleh hampir semua negara bagi tujuan permohonan permit belajar, bekerja dan bermastautin.

  • SKB merupakan salah satu prasyarat yang diperlukan oleh hampir semua negara bagi tujuan permohonan permit belajar, bekerja dan bermastautin.
  • Permohonan SKB boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Luar Negeri di www.kln.gov.my dan klik di pautan perkhidmatan e-Konsular.

*Klik disini untuk membuat permohonan SKB

*Klik disini untuk tatacara permohonan Sijil Kelakuan Baik dengan pembayaran secara atas talian

Pengambilan SKB

Beberapa kaedah telah disediakan bagi mengambil SKB anda dengan mudah dan pantas. Pengambilan boleh dilakukan melalui kutipan kaunter dan pos.

Kutipan di Kaunter

Flow pengambilan SKB di Kaunter

*Surat wakil (untuk tunjuk kutipan oleh wakil selain pemohon) hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan perlu dikemukakan ketika kutipan beserta dengan salinan kad pengenalan pemohon dan wakil.

Sijil Pelepasan Keluar Negeri

Pelawat yang memegang pas visa J-1 ke Amerika Syarikat adalah tertakluk kepada peruntukan Seksyen 212 (e) Akta Imigresen dan Kewarganegaraan Amerika Syarikat yang memerlukan pelawat untuk keluar dari Amerika Syarikat dan kembali ke tanah air untuk tempoh minimum dua (2) tahun selepas tamat tempoh program pertukaran pelawat.

  • Sekiranya pelawat tidak boleh berbuat demikian, pelawat adalah dikehendaki untuk memohon Sijil Pelepasan Keluar Negeri.
  • Pendaftaran Rakyat Malaysia Di Luar Negara

    Pendaftaran Rakyat Malaysia di luar negara adalah salah satu fungsi di dalam sistem e-Konsular bagi tujuan merekod maklumat keberadaan rakyat Malaysia di luar negara secara sistematik.

    • Rakyat Malaysia yang berada di luar negara adalah disarankan untuk mendaftar keberadaan mereka dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang berhampiran. Ini bertujuan untuk membantu Pejabat Perwakilan Malaysia menghulurkan bantuan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang bencana/kecemasan.
    • Pendaftaran Rakyat Malaysia di luar negara boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Luar Negeri di www.kln.gov.my dan klik di pautan perkhidmatan e-Konsular atau melalui aplikasi mudah alih.

    Bantuan Konsular

    Bantuan Konsular bagi rakyat Malaysia di Luar Negara adalah salah satu usaha berterusan Kementerian Luar Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara terjamin dalam apa jua keadaan dan situasi. Ia merangkumi:
  • Kematian rakyat Malaysia di luar negara.
  • Tahanan rakyat Malaysia di luar negara.
  • Rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.
  • Rakyat Malaysia yang hilang di luar negara.
  • Deposit wang oleh ahli keluarga ke luar negara untuk rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular; dan
  • Lain-lain situasi (bencana, kecemasan dan sebagainya).
  • RAKYAT MALAYSIA
    BUKAN RAKYAT MALAYSIA

    © 2022 Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Hak Cipta Terpelihara